Ulasan buku : Who Moved My Cheese?

Assalamualaikum wbt,

Aku baru sahaja usai membaca buku “Who moved my cheese?”, tulisan Dr Spencer Johnson. Jadi aku rasa lebih bermanfaat jika aku bedah sedikit berkenaan buku ini di sini. Selain dapat berkongsi, aku kira ini akan dapat membantu aku mengulang dan lebih memahami buku ini.

who-moved-my-cheese

Buku “Who moved my cheese?” ini merupakan sebuah buku motivasi diri yang mana ditulis dalam bentuk cerita pendek. Aku hanya mengambil lebih kurang satu jam setengah untuk selesai membacanya. Ceritanya ringkas ini secara kesimpulannya adalah untuk menyedarkan tentang kita kehidupan ini penuh dengan perubahan, dan bagaimana untuk kita menghadapinya.

Di dalam buku ini terdapat empat watak iaitu dua ekor tikus (Sniff & Scurry) dan dua orang manusia kerdil (Haw & Hem). Mereka tinggal di dalam ‘maze’ atau dalam bahasa melayu pasarnya ‘kota sesat’. Keempat-empat watak ini merepresentasi empat perwatakan kebiasaan manusia dalam menghadapi arus dan perubahan dalam kehidupan.

Setiap hari Sniff & Scurry akan berjalan-jalan di dalam kota sesat itu, dengan harapan akan bertemu akan sesuatu. Begitu juga dengan Haw & Hem. Pada suatu hari, mereka bertemu dengan suatu tempat simpanan keju. Secara kebetulan Haw & Hem juga turut menjumpai tempat itu. Bekalan keju di situ sungguh banyak dan lazat. Lalu setiap hari mereka akan berulang alik dari rumah mereka untuk menjamu selera di situ dan perkara itu menjadi rutin harian mereka.

Namun pada suatu hari, mereka mendapati keju-keju itu telah hilang. Bagamaina mereka berempat menghadapi masalah keju yang hilang secara misteri itu menjadi jalan cerita utama di dalam buku ini.

Keju di dalam buku ini sebenarnya mewakili apa sahaja yang ingin kita capai dalam kehidupan. Kejayaan, kebahagiaan, perhubungan keluarga, karier, pelajaran dan lain-lain lagi. ‘Maze’ atau kota sesat pula mewakili keadaan persekitaran kita.

Beberapa teori-teori utama yang ingin disampaikan oleh Dr Johnson di dalam buku ini adalah :

Jika kita tidak berubah, kita tidak akan dapat meneruskan kehidupan

Kita selalu berasa takut menghadapi perubahan, walhal kita akan dapat melakukan yang terbaik jika kita dapat mengatasinya

Dalam menghadapi perubahan, kita harus cepat mengadaptasi perubahan itu. Jika tidak, kita mungkin selamanya tidak akan dapat mengadaptasi

Di babak akhir cerita ini, Haw telah menulis beberapa peringatan buat dirinya dan rakannya, Hem. Aku rasa baik juga terus sahaja aku tiru bulat-bulat tulisannya itu.

Change Happens
They Keep Moving The Cheese
Anticipate Change
Get Ready For The Cheese To Move
Monitor Change
Smell The Cheese Often So You Know When It Is Getting Old
Adapt To Change Quickly
The Quicker You Let Go Of Old Cheese, The Sooner You Can Enjoy New Cheese
Change
Move With The Cheese
Enjoy Change!
Savor The Adventure And Enjoy The Taste Of New Cheese!
Be Ready To Change Quickly And Enjoy It Again & Again
They Keep Moving The Cheese.

Buku ini mengingatkan aku tentang kehidupan aku di sini. Aku selalu mengeluh tentang keadaan, sistem pembelajaran, perilaku masyarakat di sini. Aku terus mengeluh walhal ramai rakan telah pun berjaya mengadaptasi cara kehidupan di sini dan berjaya. Mereka seperti Sniff & Scurry dan ada juga seperti Haw.

Aku letakkan watak aku sebagai Hem di dalam buku ini. Aku berharap dapat menjadi seperti Haw, insyaAllah aku akan berusaha ke arah itu. Kenapa aku ingin menjadi seperti Haw, hendaklah kamu cari nanti sebabnya di dalam buku itu nanti. Aku tidak mahu rosakkan suspen kalian untuk membaca buku itu. Hehe.

Dapatkan ya buku itu nanti. Bagi siapa yang sukar untuk mendapatkannya, aku ada buku ini dalam versi ebook. Hantarkan email kepada aku jika mahu mendapatkannya.

Sekian, selamat membaca.

Leave a comment

Filed under Motivasi, Ulasan Buku

Leave a comment